Saturday, November 21, 2009

Bersama meraikan sumbangan internet yang telah merubah corak hidup kita dengan menghubungkan Malaysia kepada dunia dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Internet telah merubah cara kita berkomunikasi, belajar dan berurus niaga dengan membuka minda kita kepada dunia tanpa sempadan. Kini kita berupaya menerokai dunia tanpa meninggalkan rumah, belajar tanpa membuka buku dan berkomunikasi serta berniaga tanpa perlu bersemuka.

Internet memberikan kebebasan untuk kita bersuara menerusi penerbitan dalam talian dan blog. Gunakan kebebasan ini dengan bijaksana. Kini sesiapa sahaja yang mempunyai internet dan komputer mampu untuk menceburkan diri dalam dunia pelaburan forex.

Dalam pasaran saham, anda untung apabila membeli ketika harga turun (rendah) dan menjual ketika harga naik (tinggi) tetapi dalam forex ianya pasaran dua hala. Anda boleh mendapat keuntungan samada harga naik atau turun.

i) Membeli ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga tinggi.
Buy Low : Sell High (Bullish Market)

ii) Menjual ketika harga tinggi dan membelinya ketika harga rendah.
Sell High : Buy Low (Bearish market)

Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).

No comments:

Post a Comment